'IC biru diberi pada warga asing walaupun dalam hutan'
RCI SABAH Pemberian kad pengenalan biru secara haram berlaku berleluasa hinggakan
pekerja asing yang bertugas di dalam hitam juga ditawarkannya, suruhanjaya
siasatan diraja (RCI) pendatang asing Sabah diberitahu hari ini.
Seorang penerima Maming Saleng, 63, dari Sulawesi berkata, dia tiba di Sabah
pada 1981 menggunakan pasport Indonesia dan bekerja dengan syarikat pembalakan
di Kinabatangan.
Menurutnya, beliau berkata "ya" apabila pengurus kem pembalakan itu
bertanya sama ada dia memerlukan kad pengenalan.
Memberi keterangan kepada RCI di kompleks mahkamah Kota Kinabalu hari ini,
Maming berkata, selepas itu, dua lelaki tidak dikenali datang ke kem untuk
memproses permohonan itu, termasuk mengambil gambar, cap jari dan mengisi
borang.
Menurut Maming lagi, dia membayar RM50 dan dua bulan kemudian berjaya mendapat
kad pengenalan biru di kem itu dan perlu membayar RM100 lagi bila siap.
Kira-kira 20 orang lagi menerima kad pengenalan biru bersamanya, tambah Maming.
NAK
CAKAP APA LAGI..
TAK
PAYAH CAKAP APA-APA...
KITA
SUDAH BERADA DI ZON SELESA..
No comments:
Post a Comment