Menteri
Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata usahanya untuk
melanjutkan siaran persidangan Parlimen di RTM adalah untuk memenuhi tuntutan
masyarakat yang mahu melihat stesen berkenaan bersikap lebih adil.
“Jika
sebelum ini timbul isu orang kata RTM hanya digunakan untuk menyiarkan wajah
pemimpin kerajaan sahaja, sekarang tidak lagi.
“Ini kerana kalau dalam waktu siaran langsung itu ahli Oparlimen pembangkang yang
banyak bertanya soalan maka mereka akan dapat publisiti.
“Kadang-kadang mungkin dia dapat lebih banyak daripada pemimpin kerajaan kerana
kita tidak lagi tentukan berapa minit untuk kerajaan dan berapa minit untuk
pembangkang,” katanya dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia.
Shabery berkata lanjutan masa dari 30 minit kepada 90 minit untuk tempoh
perbahasan itu juga untuk meningkatkan ketelusan kepada apa yang berlaku di
dalam Dewan.
“Kalau masa itu mereka baling selipar, kita tengoklah,” katanya.
Shabery memperkenalkan siaran langsung 30 minit semasa menjadi menteri
penerangan ada 2008, yang kemudiannya dipinda oleh penggantinya, Datuk Seri
Rais Yatim.
Rais menukar format siaran 30 minit itu untuk memfokuskan kepada jawapan
menteri dan akan melencongkan siaran kepada wawancara dengan MP BN apabila
wakil pembangkang sedang bertanya soalan.
Katanya, lebih 1.8 juta penonton sudah mengikuti siaran melalui Internet itu
ketika para ahli dewan mengangkat sumpah, 1 Julai lalu.
SUKA CAKAP BENDA BODOH....
No comments:
Post a Comment