Friday, 19 July 2013

Sandokan

   Sandokan and Marianna cover - Le tigri di Mompracem @ The Tiger of MalaysiaAlberto Della Valle 1900

Mesti ada yang tidak tahu mengenai Sandokan kerana lebih ramai yang mengenali Hang Tuah. Sandokan ini ialah lanun Malaysia. Pelik kan? Intimelayu tidak tahu kebenaran kewujudan Sandokan cuma hanya dapat menerangkan serba sedikit tentang karakter Sandokan ini.

Sandokan dicipta oleh pengarang terkenal Itali , Emilio Salgari yang mengangkat kisah perjuangan Sandokan dan rakannya Yanez de Gomera menuntut keadilan dan menentang penjajah di Sarawak. Kisah penentangan yang diketuai Sandokan dan Yanez itu bermula apabila mereka diminta untuk menyelamatkan pemburu handal dari Benggala, Tremal Naik yang dipenjara oleh Inggeris di kawasan terpencil, iaitu Pulau Norfolk meskipun Naik tidak melakukan sebarang kesalahan dan diusir dari India.

Karya hebat ini turut menyorot perjuangan Sandokan yang menggunakan lambang harimau sebagai bendera dan berpangkalan dari Pulau Mompracem yang berkedudukan strategik bagi menentang kerakusan dan kekejaman penjajah khususnya Raja Brooke serta pemerintah negeri sekitar yang bersekongkol dengan kuasa asing.
Jadi dari satu sudut yang lain, Sandokan ini lanun tetapi juga perwira negara dalam menentang penjajah British. Wujudnya kisah Sandokan ini menyebabkan masyarakat Itali mula mengenali Malaysia.

Ada kisah lain tentang Sandokan.

Shariff Usman adalah Sultan Marudu yang berperang dengan British dan James Brooke, Raja Sarawak pada tahun 1845. Beliau dianggap Ketua Lanun Paling Bahaya di Asia. Pihak British menganggap Shariff Usman sebagai ancaman kepada Kerajaan British dan Raja Brooke Sarawak.

Shariff Usman juga adalah tokoh kontroversi yang dianggap Pejuang Pertama di Sabah yang berani menentang dan mencabar pertuanan British di Sabah.Beliau adalah pemerintah Marudu di Utara Negeri Sabah. Isterinya yang pertama bernama Dayang Cahaya iaitu kerabat atau anak Sultan Sulu, seorang wanita cantik yang putih melepak. Orang-orang Marudu menggambarkan Dayang Cahaya sebagai berikut " apabila dia makan nasi, nasi akan nampak lalu masuk dalam kerongkongnya". Bayangkanlah putihnya Dayang Cahaya ini.

James Brooke sewaktu berperang dengan Shariff Usman pernah meminta Shariff Usman agar memperlihatkan wajah Dayang Cahaya sebagai syarat damai gencatan senjata. Shariff Usman enggan dan sebaliknya hanya memperlihatkan tangan Dayang Cahaya dari sebalik dinding istananya.

James Brooke sebenarnya mencari seorang wanita Inggeris iaitu adik ipar Gabenor General Syarikat Hindia Timur Inggeris ( SHTI ) di India yang didakwanya disembunyikan oleh Shariff Usman.

Pangeran Yusop ( bapa mertua Sultan Brunei ) di Kimanis adalah sahabat baik Shariff Usman dan terlibat sama menentang penjajahan British di negeri Sabah bersama-sama Shariff Usman.

Shariff Usman dikatakan terbunuh di Kubu Marudu tetapi mayatnya gagal ditemui. Ada pendapat mengatakan beliau tidak terkorban sewaktu perang Marudu 1845 dan makam yang ada di Kubu Marudu adalah makam Shariff Merum, anak Shariff Usman. Laporan British hanya menyebutkan antara yang terbunuh di Kubu Marudu  ialah tiga orang keturunan Arab ( Syariff ) dan Syariff Usman hanya cedera. Pihak British mendakwa Shariff Usman akhirnya akan mati berdasarkan maklumat seorang perempuan yang  ditemui dalam keadaan lemah di Kubu Marudu. Perempuan itu mendakwa Shariff Usman cedera dan telah dibawa keluar dari kubu oleh pengikutnya.Hingga sekarang hanya ada tiga nisan lelaki dan satu nisan perempuan terpacak di Kubu Marudu.


Kisah yang sama...

Mungkin orang yang sama tapi diubah nama...

Entahlah..

Yang penting..


Sandokan hero!!!!!!!

No comments:

Post a Comment