Melayu berkursus
Setiap daripada kita yang berkerja mungkin
pernah menghadiri kursus atau langsung tidak tahu mengenai kursus. Tidak
mengapa. Entri kali ini bukan untuk menerangkan tentang kursus tetapi cara dan
tingkahlaku melayu berkursus.
Bagi agensi swasta kursus ini mungkin jarang
sekali. Tetapi bagi agensi awam , kursus ialah kewajipan. Kewajipan menghadiri
kursus ini ialah selama tempoh 7 hari dalam setahun. Jadi fokus kali ini lebih
kepada kursus dalam kerajaan.
Kursus kerajaan dijalankan samada di
jabatan-jabatan,di dewan –dewan negeri atau kalau anda bernasib baik kursus
akan dijalankan di hotel-hotel bertaraf bintang disetiap pelusuk negeri di Malaysia
ini. Pakej selalunya 3 hari 2 malam lengkap dengan penginapan dan yang penting
bagi melayu ialah makanan. Urusetia akan dilantik untuk memantau peserta kursus
sepanjang tempoh kursus. Jadual akan diberi kepada peserta.
Apa yang intimelayu amati,kursus yang
dijalankan selalunya sangat –sangat membuang masa,tenaga,wang ringgit ,tidak
kira dari pihak kerajaan atau individu. Pengisian dalam kursus adalah
biasa-biasa sahaja. Tidak melibatkan teknikal,hanya mendengar celoteh
penceramah yang dibayar (selalunya dari jabatan sendiri) dan melihat perilaku
peserta-peserta yang terkena kejutan budaya kerana seronok menginap percuma di
hotel.
Bayangkan, anda berada di Johor. Anda diarah
berkursus di Perlis. Jarak perjalanan mengambil masa hampir setengah hari. Anda
check-in di hotel. Anda rehat. Sebelah petang taklimat dan sesi suaikenal.
Sebelah malam bermula kelas. Isinya pula sama. Sama sama sama. Tiada yang
berubah kerana pekerjaan anda hanya biasa- biasa. Anda bukan belajar sistem
baru. Anda hanya diberi sesi penerangan tentang tugas yang anda dah lakukan
hampir 10 tahun. Urusetia pula poyo kononnya tugas yang beliau pikul sangat
berat.
Sewaktu sesi suaikenal akan wujud situasi
lawak bodoh melayu. Urusetia akan membuat ‘icebreaking’.Disuruhnya peserta
jalan itik,berpegang pegangan,melompat,menjerit dan yang seangkatan dengannya.
Selepas itu akan dilantik penghulu dan penghuluwati di kalangan peserta
kononnya untuk memudahkan urusan peserta kursus dalam tempoh berkursus. Situasi
ini amat-amat celaka. Amat-amat mundur. Perlukah dilantik jawatan penghulu ini?
Yang berkursus bukan kanak – kanak kerana yang hadir pun ada yang menopause.
Ada yang botak. Ada yang buncit. Ada yang gemuk. Ada janda. Ada bini orang. Ada
yang mencari habuan.
Waktu makan ialah waktu paling seronok untuk
peserta dan urusetia yang gemuk-gemuk belaka ini. Makan akan diberi sebanyak 6
kali sehari. Peserta akan menjadi bodoh dan menjadi pelarian yang kebuluran di
kala waktu ini. Makan makan makan. Mereka akan berebut. Segala macam makanan
akan dicampur aduk tidak kira makanan western atau tradisional melayu akan
dilonggok di dalam pinggan hingga setinggi gunung. Bagi mereka makanan percuma
jangan di biarkan. Selagi boleh makan,makan sahaja. Sambil mengunyah sambil
bersembang hal –hal bodoh melayu. Ada yang tidak semena mena ingin membodek
urusetia tanpa diketahui tujuannya. Selepas itu akan kedengaran,’kalau kursus
hari-hari macam ni,gemuklah aku’...ayat bodoh seperti ini akan keluar dari mulut peserta.
Sesi malam setelah tamat kelas akan muncullah
geng-geng yang kononnya menjadi bebas secara tiba-tiba ingin meneroka hiburan
malam di bandar berdekatan. Sudah tentunya karaoke akan menjadi sajian kalau
bernasib baik dan pandai membodek ,urusetia akan turut sama ‘join’. Ini menjadi
kewajipan bagi puak- puak ini sambil meronggeng akan ada cerita-cerita jahat
zaman muda masing-masing. Ini situasi paling lawak. Muka skema ,perut buncit,
pakaian kampung, pakai spek tebal, akan bercerita kehebatan zaman muda. Race
motor dikejar polis, tumbuk orang dalam disko,pub atau sebagainya. Ini sangat
lawak. Ini untuk membangkitkan berahi supaya orang lain akan kagum dengan
beliau. Bagi mereka berkaraoke adalah perkara yang sangat cool dan jahat. Kalau
ada peserta perempuan yang ‘join’
situasi akan menjadi lebih seronok dan hero hero ini akan menjadi gila
babi menunjuk kehebatan masing-masing..
Sudah habis berseronok pulanglah mereka ke
bilik masing-masing.
Sesi paling bangang ialah sesi pembentangan
kumpulan . Perkara yang dibentang sangat-sangat ‘simple’ tetapi menjadi payah
apabila diarah untuk menulis menggunakan pen’ marker’ di kertas kajang.
Perbuatan ini amat tidak praktikal dan membosankan. Akan ada gelak hilai tawa
dalam sesi ini.
Ada juga sesi kursus yang disertakan dengan
lawatan. Entah apa tujuan lawatan ini dibuat intimelayu tidak pasti. Peserta
kursus akan dibawa melawat ke jabatan-jabatan sama dinegeri peserta berkursus.
Mungkin ada baiknya tetapi sampai ketahap menyewa sebiji bas untuk membuat
lawatan sambil belajar kononnya ,rasanya tidak menguntungkan. Zaman sudah
canggih, sila ‘google’ untuk melihat pentadbiran jabatan lain.
Semua ada di alam
maya.
Hari terakhir kursus,sesi bergambar. Ada yang
bersedih. Bertukar tukar alamat,nombor telefon,ada yang dapat awek,balak dan
sebagainya.
Ilmu yang dapat? Hanya sebesar zarah.
Akan ada yang berhujah..ilmu kalau sebesar
zarah pun pahala namaya..
Tahu la pahala mangkuk oi...kos macamana?
Fikir tak?
Kos penginapan,kos makanan,kos pengangkutan?
Intimelayu merasa amat kecewa dengan fenomena
kursus ini. Pembaziran wang yang amat –amat dikesali. Rakyat masih ramai yang susah makan nasi tidak
berlauk pun masih ada. Peserta ,urusetia
kursus makan sampai kembung perut. Atau ada unsur –unsur lain dalam kursus ini?
.
BOLEH PI MAMPOS DENGAN KURSUS ...
^%^&()*(&&*(%^*&(*(&&^^$%*)(+_()+())*()*
PENGHULU(&*(^&*&()*^%#@^&%^$#BABI....
ICE BREAKING BABI.....
BODEK BODEK BODEK...PI MAMPOIH DENGAN BODEK
BODEK BODEK...
HABIS KURSUS KONGSI DUIT BELI CENDERAHATI KAT
URUSETIA..
CIHHHHH...BODEK...BODEK BAGI ADA HASIL LA
OIIIIIII...
CENDERAHATI KA CENDERABABI KA BOLEH PI
MATI....
URUSETIA DIBAYAR ELAUN LA OIIII...
BODOH...............
BANGANG..............