Thursday 13 June 2013

WeChat


Wechat merupakan aplikasi terbaru yang boleh dimuat turun ke telefon pintar dan memerlukan rangkaian internet untuk menggunakan aplikasi ini. Intimelayu tidak tahu siapa pencipta aplikasi ini tetapi aplikasi ini sangat menarik perhatian kerana kecanggihannya.

Fungsi utama wechat ini ialah menghubungkan manusia dengan manusia tanpa perlu mendail number. Anda boleh menggunakan ruang ‘chating’ atau menggunakan suara yang berfungsi seperti ‘walkie talkie’. Di dalam wechat untuk mencari kenalan ada berbagai cara. Tetapi cara yang paling mudah dan ‘cool’ ialah dengan menekan butang ‘look around’ dan ‘shake’. look around bermaksud ‘lihat sekeliling anda’ ini boleh mengesan pengguna yang menggunakan wechat disekitar anda hingga ke jarak hampir 10km. Skrin akan memaparkan identiti pengguna dan anda boleh memilih yang mana yang berkenan dihati. Shake bermaksud ‘goncang’ ini pula berfungsi apabila anda menggoncang telefon anda dan anda akan menemui manusia lain yang menggoncang serentak dengan anda diseluruh dunia ini.

Mungkin anda kurang faham dengan wechat ini jika tidak menggunakannya sendiri. Tetapi apa yang boleh disimpulkan wechat ini ialah aplikasi untuk mencari teman berlainan jantina. Mana mungkin anda seorang lelaki apabila ‘look around’ anda mencari lelaki juga. Jika anda seorang gay atau lesbian maka kenyataan tadi boleh disanggah.

Seterusnya, apa yang intimelayu temui dalam wechat ini ialah kebodohan manusia bernama melayu. Ini salah satu contoh yang berlaku;

Jamaiah
Wechat id: bla bla bla
Region: Malaysia    Sik
Whats up: STRANGERS.. DONT EVER GREET ME!!!

Apa yang tidak kena dengan wechat Jamaiah?.. Jamaiah ini ditemui setelah di ‘look around’. Jamaiah ini asalnya Sik, Kedah. Yang menjadi persoalan ialah tagline ‘whats up’ Jamaiah ‘STRANGERS..DONT EVER GREET ME!!!’.. Beliau bermaksud, ‘orang tak dikenali, jangan cuba tegur/add saya dalam wechat ini..

Mungkin Jamaiah ialah seorang gadis atau wanita tapi yang nyatanya Jamaiah perempuan. Mungkin juga wechat Jamaiah diawasi oleh kekasih, tunang atau suami beliau. Atau mungkin Jamaiah gila.

Jamaih tidak faham wechat ini ialah untuk mencari kenalan baru dan kalau bernasib baik terjumpa kenalan lama. Mengapa Jamaiah menjadi bodoh sebegini? Jika tiada alasan munasabah Jamaiah boleh dikategorikan sebagai melayu yang mempunyai jiwa mundur tetapi cuba untuk hidup dalam keadaan serba canggih. Perkara sebegini sering terjadi kepada melayu. Melayu berbangga apabila memiliki motosikal berkuasa tinggi dengan harga puluhan ribu ringgit tetapi di negara yang cukainya rendah atau tidak dikenakan cukai, motosikal berkuasa tinggi tidak memberi gambaran kekayaan si pemakai. Ini hanya salah satu contoh dan banyak lagi contoh contoh yang lain. Salah siapa?

INTIMELAYU MEMOHON MAAF KEPADA JAMAIAH…

1 comment:

  1. I'm Sonja McDonell, 23, Swiss Airlines Stewardess with currently 13 oversea towns, very tender with much fantasies in my wonderful job. Malaysian girls & women are very restrictive to speak about lesbian sex. I think, it's the conservatism.
    sonjamcdonell@yahoo.com

    ReplyDelete