Thursday 13 June 2013

Adoi….


"PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memang melampau," demikian reaksi bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan FAM yang berkata, pihaknya akan meneliti sama ada beliau akan dibicarakan ataupun tidak selepas mengkritik badan induk itu biarpun dalam tempoh penggantungan selama 30 bulan.

Menurut Shahidan, sekiranya beliau akan dikenakan hukuman selepas ini, beliau menyarankan agar FAM terus memecatnya daripada PFA.

"Tak perlu gantung-gantung, pecat jelah saya, tapi dengan syarat jangan bagi PFA kacau saya lagi."Saya tidak mahu ada kaitan apa-apa lagi dalam persatuan itu," kata Shahidan ketika ditemui selepas Majlis Taklimat ahli-ahli Dewan Rakyat Parlimen ke-13, di sini hari ini.Tambah Shahidan, beliau tetap mempertahankan tindakannya mengkritik FAM.

"Saya tak tahu apa jenis pemimpin FAM, mereka bukan mahu  mengucapkan terima kasih kepada saya yang terpaksa membayar gaji kepada PFA, sebaliknya terus mengambil tindakan.

"... orang yang bercakap mengenai hal ini tidak pernah mengkaji, mereka hanya tahu pandai bercakap sahaja.

"Pihak PFA datang jumpa saya minta duit, mereka kata FAM tidak tolong, walaupun undang-undang kata tidak boleh tolong, tapi kenapa mereka datang kacau saya.

"FAM harus fikir, saya pemimpin BN yang selalu pegang janji, mereka pemimpin apa, pemimpin penyamun ke?.

"Inilah perangai FAM, sepatah tak ucap terima kasih, tapi bertindak tidak siuman, saya ingat akan mintak rakyat Malaysia terus mengkritik mereka," kata Shahidan lagi. Dalam pada itu, Shahidan turut melahirkan rasa terkilan apabila FAM hanya mahu mengenakan hukuman kepada beliau meskipun masih ramai pemimpin yang mengkritik badan induk bola sepak itu.

"Tan Sri Annuar Musa keluarkan kenyataan tiap-tiap hari mengenai FAM, mereka tidak kata apa-apa, Datuk K Rajagobal pun tak kena gantung.

"Kalau saya suka hati mahu hukum, ingat saya tiada kepentingan senang-senang mahu denda," jelas Shahidan.

Shahidan pada Sabtu lepas, mengeluarkan kenyataan berhubung kemarahannya terhadap FAM yang sudah 'membuangnya', menggantungnya tetapi tiada pegawainya yang bertanya khabar PFA.

Bekas Presiden PFA itu juga meluahkan keluhan kerana terpaksa mengeluarkan duit sakunya untuk membayar gaji pemain Perlis ketika menjadi presiden pasukan Singa Utara itu, dan meminta FAM membantu PFA yang kini dilanda masalah kewangan.

Selain digantung 30 bulan, Shahidan yang kini dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, turut didenda RM39,000 dan hilang status sebagai Presiden PFA, anggota Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM dan anggota Jawatankuasa Kewangan FAM sehingga September 2015.  SINUR ONLINE


APA SUDAH JADI??


SALAH SIAPA??

No comments:

Post a Comment