Tuesday, 25 June 2013

Mesyuarat



Sesiapa yang berkerja makan gaji pasti akan melalui saat apabila disuruh bermesyuarat. Oleh kerana ramai melayu yang bertugas di sektor awam maka entri kali ini akan menyentuh mesyuarat kakitangan kerajaan.

Mengapa kita bermesyuarat?

Mesyuarat ini bagus. Mesyuarat untuk mendapat kata putus dalam sesuatu hal yang dibincangkan. Dalam mesyuarat ada minit mesyuarat perkara yang dibincangkan maka akan ada pencatat minit. Mesyuarat diketuai oleh pengerusi dan dihadiri oleh ahli-ahli yang diwajibkan hadir.

Apa yang tidak kena dengan mesyuarat kakitangan kerajaan ini?

Banyak yang tidak kena. Mesyuarat yang dijalankan selalunya membincangkan hal-hal yang amat remeh. Contohnya, mesyuarat membincangkan mengenai makanan yang hendak dimakan untuk sesuatu program. Ini amat-amat membuang masa. Perkara ini selalu berlaku di jabatan kerajaan. Jangan terkejut jika intimelayu mengatakan perbincangan untuk hal remeh begitu boleh berlanjutan hingga 3 jam. Ya. Ini fakta. Ini berlaku. Cakap-cakap kosong akan kedengaran sepanjang mesyuarat. Apa biji buah yang dibincangkan pun tidak diketahui. Cuma yang nyatanya ialah makanan untuk program. Itu saja. Rasanya tidak perlulah bermesyuarat hal sedemikian cukuplah sekadar dibincangkan di bilik ketua bersama 2,3 orang pegawai kanan. Apa yang pelik mesyuarat remeh tersebut dihadiri oleh 20 orang kakitangan. Jadi jangan hairan apabila melihat suasana sepanjang mesyuarat. Ada yang tidur. Ada yang ber sms. Ada yang mengelamun. Ada yang mengusap perut tanda kelaparan. Ada yang berahi melihat ahli berlainan jantina.

Ada juga mesyuarat yang membincangkan jenis pokok untuk ditanam disekitar kawasan pejabat. Sampai ke tahap pokok pun mahu dibincangkan jadi makin terserlahlah kebodohan orang melayu.

Sebenarnya apa yang dinantikan oleh manusia-manusia melayu selepas mesyuarat? Makanan untuk mesyuarat. Ya . Masa untuk makan. Perebutan akan berlaku. Masing–masing berajak, bersopan, berbudi bahasa di waktu ini. Mari–mari kita makan. Penat bermesyuarat lah kononnya.

Apa yang disimpulkan disini ialah tiadanya kualiti dikalangan orang melayu. Melayu boleh berbangga dengan kuantiti. Jumlah ahli yang hadir memang ramai. Tetapi perkara yang dibincangkan sangat-sangat lemah. Melayu di 'cover' oleh pakaian formal yang kelihatan 'smart'. Dengan tali leher, kot jabatan. Tetapi pengisian kosong. Mungkin sepanjang hari dalam kehidupan seharian orang melayu yang berkerja dengan sektor awam tiada perkara-perkara yang cerdik yang dilakukan. Lebih baik menjadi apek yang berpakaian selekeh berseluar pendek yang memulakan harinya dengan berjoging, mengambil 'breakfast' dan seterusnya ke gerai jualannya. Apek ini bukan Islam. Tetapi hari-harinya penuh bermanfaat. Apek-apek ini mungkin mempunyai anak yang bernama Lee Chong Wei. Itupun masih tidak disentuh sikap orang melayu yang mengambil kesempatan terhadap kontraktor kontraktor kecil yang berurusan dengan pihak jabatan. Ini perkara yang sangat sedih. Haram halal tidak diambil kira dalam bab ini.

INTIMELAYU TIDAK MENGHINA BANGSA SENDIRI..

ANDA SEMUA BOLEH LIHAT SENDIRI GEJALA SOSIAL YANG MENIMPA MELAYU..

BUANG ANAK..DAN DAN DAN DAN MACAM-MACAM LAGI..

PERNAH DENGAR TENTANG PENIAGA MELAYU YANG MENJUAL DAGING TEMPATAN DI PASAR TETAPI SEBENARNYA ITU DAGING IMPORT YANG DISIMBAH DARAH UNTUK MENAMPAKKAN SEOLAH-OLAH IANYA DAGING TEMPATAN?

ANDA TAK PERCAYA?...

KALAU ANDA PERCAYA ATAU TIDAK ADAKAH IA BOLEH MENGUBAH APA-APA?..

MENGAPA PERKARA SEBEGINI TERJADI?..

ADAKAH KERANA KOS SARA HIDUP MAKIN TINGGI?..

CUKAI TINGGI?..

RUMAH MAHAL?..

BELANJA SEKOLAH ANAK MAHAL?..

BANGSA LAIN JUGA JAHAT TAPI BIARLAH MEREKA BUKAN ISLAM...

SEMOGA TUHAN MELINDUNGI KITA SEMUA...

AMIN...




No comments:

Post a Comment