Thursday 13 June 2013

Fakta???


Intimelayu ada menerima komen dan maklumbalas dari pembaca bahawa penulisan dalam blog ini tidak berfakta. Ingin ditegaskan disini, blog ini bukan blog fakta. Kalau pembaca yang inginkan penulisan berbentuk fakta sila singgah di kedai buku berdekatan untuk membeli buku sejarah atau sila ‘google’ Wikipedia.

Blog intimelayu ini ialah blog santai untuk melayu yang berfikiran ringkas tanpa perlu memikirkan perkara yang berat kerana manusia melayu ini sangat suka melakukan perkara yang payah dalam kehidupan, contohnya menganyam ketupat dengan daun palas apabila sudah siap untuk dimakan anyamannya dibuang begitu sahaja.

Ada berbillion manusia yang menggunakan aplikasi Facebook. Mungkin hanya 5% sahaja yang memikirkan fakta tentang Facebook. Bila Facebook dilancarkan? Siapa pengasas Facebook? Tidak semua manusia memikirkan fakta ini.

KEPADA PEMBACA YANG INGINKAN FAKTA SILA JANGAN LAYARI BLOG INI..

INTIMELAYU MOHON MAAF JIKA TERKASAR BAHASA..

INI BUKAN KENYATAAN EGO DARI INTIMELAYU. INI FAKTA. HAHAHAHA

No comments:

Post a Comment