RENCANA INI DITULIS OLEH PROF
MADYA DATUK DR ASRI ZAINUL ABIDIN DIPETIK DARI LAMAN MALAYSIAKINI DAN WAJIB
DIBACA OLEH SEMUA…
Siapakah pejuang?
Ramai dalam sejarah
insan-insan yang ditabalkan sebagai pejuang. Rekod kehidupan mereka membuktikan
bahawa mereka memang pejuang. Mereka berani menanggung risiko perjuangan.
Mereka bukan sahaja sanggup berkorban tetapi benar-benar telah berkorban kerana
perjuangan mereka. Mengharungi rintangan yang pahit dan cabaran yang getir
sehingga mahu tidak mahu mereka diiktiraf oleh sejarah.
Jika tidak pun pada hari mereka hidup, mereka akan diiktiraf selepas mereka
mati. Jika tidak diiktiraf oleh golongan yang berkepentingan, mereka kelak
tetap akan diiktiraf oleh golongan yang sedar dan insaf akan kepahlawanan
mereka. Pun begitu ada juga pejuang yang dilupakan. Ada juga wira yang tidak
didendang dan dikenang.
Ciri Pejuang
Pejuang itu muncul dalam pelbagai medan dan cara. Namun bersatu dalam beberapa perkara asas. Mereka ada matlamat yang dapat difahami, ada keberanian untuk mencapai matlamat tersebut dan ada kesanggupan untuk menanggung bebanan perjuangan. Orang yang tidak tahu matlamat perjuangannya tidak boleh dianggap pejuang.
Orang yang bacul juga bukan pejuang. Orang yang tidak sanggup berkorban dan mengharungi
susah payah dalam membayar harga perjuangan juga tidak layak digelar pejuang.
Orang yang menyuruh orang lain memanggilnya wira ataupun pejuang, sedangkan dia
tidak berkorban bahkan meratah keuntungan atas hasil usaha orang lain lagilah
tidak layak digelar pejuang.
Apabila pihak Dewan Bahasa
Dan Pustaka menjemput saya pada 2-3 Julai ini untuk mengulas novel sasterawan
Negara Dato' Anwar Ridhwan berjudul ‘Penyeberang Sempadan', maka saya pun
membaca novel tersebut sehingga habis. Novel yang memenangi Hadiah Sako itu
memang menarik untuk dibaca.
Kisah tentang seorang pejuang yang dimunculkan oleh
keadaan kemudian hidup dalam kebingungan mencari arah dalam dunia yang penuh
tidak pasti. Watak utama yang diberi nama ‘Kuay' dalam novel itu merupakan pejuang
bersenjata bersama komunis yang menentang British sebelum kemerdekaan.
Beliau menjadi ‘orang buruan' dan terus dianggap sebagai ancaman kepada negara
walaupun selepas 20 tahun negara merdeka. Dari novel itu saya terfikir,
siapakah pejuang? Orang seperti Kuay, seperti Mat Indera dan seumpama mereka,
apakah dianggap pejuang?
Dalam sejarah, kita melihat
orang seperti Che Guevara yang berjuang dengan senjata dan gerila. Saya
terpesona dengan kesanggupan dan pengorbanannya. Ada yang seperti William Wilberforce yang
berjuang menerusi politik dan parlimen. Saya amat kagum dengan kesungguhannya,
bahkan dengan isi perjuangannya yang mulia. Berjuang untuk satu hasrat yang
murni iaitu pembebasan hamba. Sanggup mempertaruhkan kepentingan politik dan
menerima tekanan demi hasrat tersebut.
Filem mengenainya The
Amazing Graze benar-benar menjadikan perasaan sebak dan semangat membakar.
Nelson Mandela juga hebat sebagai pejuang. ‘Long Walk to Freedom' menjadikan
kita terpukau dengan kesanggupan menanggung derita yang begitu berat untuk
sebuah perjuangan yang diyakini benar. Sanggup dipenjara, tidak rela dibebaskan
jika perjuangan tergadai. Hebat!
Gandhi juga pejuang yang hebat yang menggunakan sentiment rakyat untuk mencapai kepentingan perjuangan yang baik. Florence Nightingale merupakan wanita gigih lagi mulia yang berjuang untuk memberi khidmat kepada orang lain.

Menonton filem Sang
Pencerah menjadikan saya bersemangat untuk mengikuti watak utamanya iaitu
Kiyai Ahmad Dahlan yang merupakan tokoh besar sejarah tajdid agama di Indonesia .
Terasa menusuk jiwa. Perjuangan dan cabaran. Bak kata sang sufi ‘sesiapa yang
tidak rasa, tidak dapat memahaminya'.
Terlalu ramai lagi jika hendak disebutkan dalam sejarah pembinaan tamadun manusia. Mengiktiraf keperwiraan seseorang pejuang, bukan semestinya kita menyokong ataupun bersetuju dengan semua pegangannya. Kita mungkin tidak bersetuju dengan 'socialism' Che Guevera, namun kita perlu akur dia pejuang yang handal dan ada nilai-nilai positif yang patut dipuji pada dirinya.

Iktiraf
Golongan agama di samping membaca dan mengkaji tentang sejarah para pejuang ‘agama', perlu juga melihat sejarah para pejuang lain dari pelbagai latar supaya kita memiliki horizon penilaian yang lebih luas. Jika pun kita tidak bersetuju, kita wajar juga mengiktiraf kesungguhan dan mempelajari strategi yang telah mereka lalui.

Bahkan tidaklah salah untuk
kita mengiktiraf kebaikan perjuangan mereka dan menyertainya jika ternyata itu
satu kebaikan. Seperti yang selalu disebutkan bahawa Nabi s.a.w mengiktiraf dan
menyokong perjanjian yang dibuat oleh Quraish semasa jahiliah kerana isinya
membela golongan yang ditindas.
Al-Tahawi dalam Mushkil al-Athar, juga al-Baihaqi dalam kitabnya as-Sunan al-Kubra meriwayatkan Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya aku telah menyaksikan satu sumpah setia di rumah Abdullah bin Jad'an. Aku sukakan perjanjian itu melebihi unta merah. Jika aku diajak kepadanya semasa Islam pun, aku akan sertai."
Di samping kita juga perlu tahu, mungkin ramai dalam kalangan mereka yang tersenarai sebagai pejuang itu tidak sampai kepada mereka ajaran Islam yang sebenar. Maka, kita tidak boleh menuntut untuk mereka mendasari perjuangan mereka kepada ajaran Islam

seperti yang kita fahami.
Firman Allah: (maksudnya)
"Tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sehingga Kami mengutuskan seorang
rasul" (Surah al-Israk: 15).
Dikenang
Ramai pejuang yang tidak dikenang semasa hayat mereka. Bahkan kebanyakan pejuang itu menderita semasa hidup mereka. Diburu, dihina, dicerca, dipenjara, diseksa bahkan ada yang dibunuh.
Nilai perjuangan pula, diukur berdasarkan kepada aliran masing-masing. Seseorang mungkin dianggap pejuang oleh satu pihak, tetapi mungkin pulak dianggap pengkhianat oleh pihak yang lain. Bukan semua pejuang mendapat pengiktirafan menyeluruh oleh bangsa dan negaranya.

Betapa ramai pejuang yang
difitnah semasa hayat mereka dan fitnah itu terus dibawa sehingga mereka telah
lama pergi meninggalkan dunia ini. Kemudian apabila pejuang itu dikenang, apa
penghargaan yang hendak diberikan selepas mereka tiada?!
Saya pernah berkata kepada seorang ketua negara yang berbicara dengan saya secara peribadi bahawa ramai pemimpin yang dikenang jasanya dengan diberikan nama bangunan, atau jalan raya atau sekolah atau bandar sempena namanya.

Dapatkah dia merasai nikmat
itu? Dapatkah dia merasa kenikmatan hanya kerana namanya disebut selepas mati?
Sedangkan dia berhadapan dengan Tuhan yang akan mempersoalkan segala tindakan
dan amalannya.
Ramai pula yang mengaku jujur dan ikhlas, sedangkan maksud sebenarnya Allah mungkin tidak demikian. Maka dalam Islam, seseorang yang hendak berjuang, terlebih dahulu hendaklah dia membetulkan niatnya dengan tuhannya. Keimanan yang luhur kepada pembalasan baik dan buruk terhadap amalan di dunia ini boleh menjadikan seseorang itu pejuang yang sejati.
Balasan nikmat dari Allah itu yang paling diharapkan. Pengiktirafan Allah itu maha penting. Justeru itu Nabi s.a.w bersabda: "Orang yang awal dibicarakan pada Hari Kiamat seorang yang mati syahid. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: "Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?" Dia menjawab: "Aku telah berperang kerana-MU sehingga syahid". Allah berkata: "Engkau bohong, sebaliknya engkau berperang supaya engkau dikatakan berani, dan itu telah pun dikatakan padamu".

Lalu diperintahkan agar dia
dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka. Datang pula
seorang yang lain yang mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Dia
dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: "Apakah yang telah engkau
lakukan di dunia?" Dia menjawab: "Aku telah mempelajari ilmu,
mengajarnya dan membaca al-Quran kerana-MU". Allah berkata: "Engkau
bohong, sebaliknya engkau belajar ilmu supaya engkau dikatakan alim dan engkau
baca al-Quran supaya engkau dipanggil qari. Itu telah pun dikatakan
padamu".
Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka. Datang pula seorang yang Allah luaskan rezekinya dan telah diberikan pelbagai jenis harta. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: "Apakah yang telah engkau lakukan di dunia? Dia menjawab: "Aku tidak tinggal satu jalan pun yang Engkau suka untuk didermakan melainkan aku telah pun menderma padanya kerana-MU". Allah berkata: "Engkau bohong, sebaliknya engkau lakukan supaya engkau dikatakan pemurah, dan itu telah pun dikatakan padamu". Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajah sehingga dihumbankan ke dalam neraka. (riwayat Muslim).
Tiada syurga untuknya, sebaliknya baginya neraka. Maka, dalam Islam sesiapa yang ingin berjuang hendaklah mengikhlaskan diri kepada Allah, kemudian memastikan dia berada pada landasan perjuangan yang betul yang Allah redha padanya.

Nabi s.a.w pernah ditanya:
"Seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, seseorang yang
berperang agar dipuji dan seseorang yang berperang untuk memperlihatkan
kehebatannya, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah? Rasulullah
s.a.w menjawab: Sesiapa yang berperang untuk meninggikan kalimah Allah
(tertegak), maka dia berada di jalan Allah." (Riwayat al-Bukhari dan
Muslim).
Maka, pejuang Islam ialah seorang ikhlas niat dan benar jalan perjuangan yang dipilihnya.
Maka, pejuang Islam ialah seorang ikhlas niat dan benar jalan perjuangan yang dipilihnya.
No comments:
Post a Comment