Tuesday, 18 June 2013

Kursus

Melayu berkursus

Setiap daripada kita yang berkerja mungkin pernah menghadiri kursus atau langsung tidak tahu mengenai kursus. Tidak mengapa. Entri kali ini bukan untuk menerangkan tentang kursus tetapi cara dan tingkahlaku melayu berkursus.

Bagi agensi swasta kursus ini mungkin jarang sekali. Tetapi bagi agensi awam , kursus ialah kewajipan. Kewajipan menghadiri kursus ini ialah selama tempoh 7 hari dalam setahun. Jadi fokus kali ini lebih kepada kursus dalam kerajaan.

Kursus kerajaan dijalankan samada di jabatan-jabatan,di dewan –dewan negeri atau kalau anda bernasib baik kursus akan dijalankan di hotel-hotel bertaraf bintang disetiap pelusuk negeri di Malaysia ini. Pakej selalunya 3 hari 2 malam lengkap dengan penginapan dan yang penting bagi melayu ialah makanan. Urusetia akan dilantik untuk memantau peserta kursus sepanjang tempoh kursus. Jadual akan diberi kepada peserta.

Apa yang intimelayu amati,kursus yang dijalankan selalunya sangat –sangat membuang masa,tenaga,wang ringgit ,tidak kira dari pihak kerajaan atau individu. Pengisian dalam kursus adalah biasa-biasa sahaja. Tidak melibatkan teknikal,hanya mendengar celoteh penceramah yang dibayar (selalunya dari jabatan sendiri) dan melihat perilaku peserta-peserta yang terkena kejutan budaya kerana seronok menginap percuma di hotel.

Bayangkan, anda berada di Johor. Anda diarah berkursus di Perlis. Jarak perjalanan mengambil masa hampir setengah hari. Anda check-in di hotel. Anda rehat. Sebelah petang taklimat dan sesi suaikenal. Sebelah malam bermula kelas. Isinya pula sama. Sama sama sama. Tiada yang berubah kerana pekerjaan anda hanya biasa- biasa. Anda bukan belajar sistem baru. Anda hanya diberi sesi penerangan tentang tugas yang anda dah lakukan hampir 10 tahun. Urusetia pula poyo kononnya tugas yang beliau pikul sangat berat.

Sewaktu sesi suaikenal akan wujud situasi lawak bodoh melayu. Urusetia akan membuat ‘icebreaking’.Disuruhnya peserta jalan itik,berpegang pegangan,melompat,menjerit dan yang seangkatan dengannya. Selepas itu akan dilantik penghulu dan penghuluwati di kalangan peserta kononnya untuk memudahkan urusan peserta kursus dalam tempoh berkursus. Situasi ini amat-amat celaka. Amat-amat mundur. Perlukah dilantik jawatan penghulu ini? Yang berkursus bukan kanak – kanak kerana yang hadir pun ada yang menopause. Ada yang botak. Ada yang buncit. Ada yang gemuk. Ada janda. Ada bini orang. Ada yang mencari habuan.

Waktu makan ialah waktu paling seronok untuk peserta dan urusetia yang gemuk-gemuk belaka ini. Makan akan diberi sebanyak 6 kali sehari. Peserta akan menjadi bodoh dan menjadi pelarian yang kebuluran di kala waktu ini. Makan makan makan. Mereka akan berebut. Segala macam makanan akan dicampur aduk tidak kira makanan western atau tradisional melayu akan dilonggok di dalam pinggan hingga setinggi gunung. Bagi mereka makanan percuma jangan di biarkan. Selagi boleh makan,makan sahaja. Sambil mengunyah sambil bersembang hal –hal bodoh melayu. Ada yang tidak semena mena ingin membodek urusetia tanpa diketahui tujuannya. Selepas itu akan kedengaran,’kalau kursus hari-hari macam ni,gemuklah aku’...ayat bodoh seperti  ini akan keluar dari mulut peserta.

Sesi malam setelah tamat kelas akan muncullah geng-geng yang kononnya menjadi bebas secara tiba-tiba ingin meneroka hiburan malam di bandar berdekatan. Sudah tentunya karaoke akan menjadi sajian kalau bernasib baik dan pandai membodek ,urusetia akan turut sama ‘join’. Ini menjadi kewajipan bagi puak- puak ini sambil meronggeng akan ada cerita-cerita jahat zaman muda masing-masing. Ini situasi paling lawak. Muka skema ,perut buncit, pakaian kampung, pakai spek tebal, akan bercerita kehebatan zaman muda. Race motor dikejar polis, tumbuk orang dalam disko,pub atau sebagainya. Ini sangat lawak. Ini untuk membangkitkan berahi supaya orang lain akan kagum dengan beliau. Bagi mereka berkaraoke adalah perkara yang sangat cool dan jahat. Kalau ada peserta perempuan yang ‘join’  situasi akan menjadi lebih seronok dan hero hero ini akan menjadi gila babi menunjuk kehebatan masing-masing..

Sudah habis berseronok pulanglah mereka ke bilik masing-masing.

Sesi paling bangang ialah sesi pembentangan kumpulan . Perkara yang dibentang sangat-sangat ‘simple’ tetapi menjadi payah apabila diarah untuk menulis menggunakan pen’ marker’ di kertas kajang. Perbuatan ini amat tidak praktikal dan membosankan. Akan ada gelak hilai tawa dalam sesi ini.

Ada juga sesi kursus yang disertakan dengan lawatan. Entah apa tujuan lawatan ini dibuat intimelayu tidak pasti. Peserta kursus akan dibawa melawat ke jabatan-jabatan sama dinegeri peserta berkursus. Mungkin ada baiknya tetapi sampai ketahap menyewa sebiji bas untuk membuat lawatan sambil belajar kononnya ,rasanya tidak menguntungkan. Zaman sudah canggih, sila ‘google’ untuk melihat pentadbiran jabatan lain. 

Semua ada di alam maya.

Hari terakhir kursus,sesi bergambar. Ada yang bersedih. Bertukar tukar alamat,nombor  telefon,ada yang dapat awek,balak dan sebagainya.

Ilmu yang dapat? Hanya sebesar zarah.

Akan ada yang berhujah..ilmu kalau sebesar zarah pun pahala namaya..

Tahu la pahala mangkuk oi...kos macamana?

Fikir tak?

Kos penginapan,kos makanan,kos pengangkutan?

Intimelayu merasa amat kecewa dengan fenomena kursus ini. Pembaziran wang yang amat –amat dikesali.  Rakyat masih ramai yang susah makan nasi tidak berlauk pun masih ada. Peserta  ,urusetia kursus makan sampai kembung perut. Atau ada unsur –unsur lain dalam kursus ini? .

BOLEH PI MAMPOS DENGAN KURSUS ...

^%^&()*(&&*(%^*&(*(&&^^$%*)(+_()+())*()* PENGHULU(&*(^&*&()*^%#@^&%^$#BABI....

ICE BREAKING BABI.....

BODEK BODEK BODEK...PI MAMPOIH DENGAN BODEK BODEK BODEK...

HABIS KURSUS KONGSI DUIT BELI CENDERAHATI KAT URUSETIA..

CIHHHHH...BODEK...BODEK BAGI ADA HASIL LA OIIIIIII...

CENDERAHATI KA CENDERABABI KA BOLEH PI MATI....

URUSETIA DIBAYAR ELAUN LA OIIII...

BODOH...............

BANGANG..............


MAAFKAN INTIMELAYU...

No comments:

Post a Comment